ASAS PERNIAGAAN
Maksud Perniagaan
Perniagaan ialah aktiviti menjual dan membeli barangan dengan tujuan untuk mendapatkan keuntungan
Peniaga ialah orang yang menjalankan aktiviti membeli dan menjual barangan atau perkhidmatan
Peniaga bukan usahawan
Usahawan mestilah juga seorang peniaga
Usahawan ialah seseorang yang mencipta sesuatu produk baru barangan atau perkhidmatan dan dijual untuk mendapatkan keuntungan
Usahawan mestilah seorang yang kreatif, inovatif,bijak mengambil peluang dan sanggup menanggung risiko
Konsep dan kepentingan perniagaan
Perniagaan muncul kerana kehendak manusia tidak terbatas dan berbeza sedangkan kemampuan setiap individu atau komuniti terhad
Manusia memerlukan keperluan asas untuk hidup
Kerperluan asas manusia ialah
makanan
pakaian
tempat tinggal
Keperluan lain ialah perubatan, pendidikan dan kewangan
Kehendak ialah keinginan manusia untuk hidup lebih selesa dan bermegah-megah
Perniagaan menjadi penting kepada manusia kerana
manusia dapat memenuhi keperluan dan kehendak
manusia dapat membaiki taraf hidup dan memeliki hidup yang lebih selesa
terdapat banyak peluang perkerjaan sewaktu berlaku urusniaga
mengeratkan hubingan antara kaum, bangsa dan negara
Jenis Perniagaan
Perniagaan Tempatan
Perniagaan Runcit
Perniagaan runcit ialah perniagaan yang menjalankan urusniaga menjual kepada pengguna dalam kuantiti yang sedikit
Runcit kecil-kecilan
Penjaja
Peniaga yang bergerak dari rumah ke satu rumah atau dari satu tempat ke suatu tempat
contoh : Penjual aiskrim, penjual ikan dan sayur
Pegerai
Contoh : Penjual buah-buahan, Penjual kuih-muih
Pekedai runcit
Contoh : Mini Market Kamunting,
Runcit besar-besaran
Pasar raya
Contoh : The Store, Fajar,
Pasar raya besar
Contoh : Carrefour, Giant, Tasco
Kedai sejaras
Contoh : KFC,Mc Donald
Gedung serbanika
Contoh : D-Lima, 7-Eleven
Perniagaan Borong
Perniagaan borong ialah perniagaan yang menjalankan urusniaga menjual kepada peruncit dan pengguna dalam kuantiti yang banyak
Borong Am
-Membeli secara borong pelbagai jenis barang runcit
Borong Pertanian
-Membeli secara borong hasil-hasil pertanian
Borong Agen
-Membeli secara borong keluaran syarikat tertentu seperti Nestle
Borong Kilang
-Membeli secara borong barang keluaran kilang seperti perabot, alatan elektrik dan pakaian
Perniagaan Antarabangsa
Import
Urusniaga yang membeli barangan luar negara dan dijual pula dalam negara
Contoh : Malaysia mengimport buah-buahan, bijirin dan daging lembu
Eksport
Urusniaga yang membeli barangan dalam negara dan dijual pula ke luar negara
Contoh : Malaysia mengeksport barangan elektronik, minyak kelapa dan kayu balak
Entreport
Urusniaga yang menjalankan perniagaan import dan eksport
Contoh : Malaysia mengeksport minyak mentah dan mengimport minyak yang telah diproses (ditapis)
Perkembangan Perniagaan
Perniagaan Dahulu
Kehdupan berasaskan sara diri dan perniagaan tukar barang
Perniagaan tukar barang dikenali sebagai sistem barter
Kelemahan sistem barter
Sukar menentukan nilai
Sukar membahagikan barang
Sukar membawa barangan pada satu-satu masa
Sukar menemui kemahauan yang seretak
Sistem wang mula diperkenalkan dengan menggunakan barang-barang berikut sebagai wang
Contoh : Anak panah ,Kulit siput, Kulit binatang ,Gading gajah dan garam
Fungsi wang adalah
menyimpan nilai
alat pertukaran nilai
Sifat-sifat wang mestilah
Diterima umum
tahan lama
Mudah dikenal
Mudah dibawa
Mudah disimpan
Nilai tetap dan stabil
jumlah penawarannya terhad
Wang Malaysia dikenali sebagai Ringgit Malaysia (RM)
Perniagaan Masa Kini
Jenis urusniaga masa kini ialah
Jual beli tunai
Jual beli kredit
Sewa beli
Prabayar
Sistem barter moden
Jual beli melalui mesin runcitan
Jual beli melalui internet - e dagang
Ciri-ciri perniagaan masa kini ialah
Penggunaan sistem wang yang lebih sistematik
Perbandingan nilai mata wang dengan mata wang utama dunia
Penggunaan cek
Penggunaan kad kredit
Penggunaan kad prabayar
Penggunaan mesin runcitan
Penggunaan kod bar
Penggunaan kod bar yang semakin meluas
Perniagaan Akan Datang
Penggunaan kad pintar secara meluas
Penggunaan e-dagang dipelbagai sektor dan jenis urusniaga
Ciri-ciri perniagaan akan datang
lebih memudahkan pengguna
penggunaan internet lebih meluas
urusniaga tanpa menggunakan wang
Jenis Milikan
Jenis perniagaan bermaksud perniagaan yang dibahagikan kepada beberapa jenis mengikut siapa dan cara perniagaan tersebut dimiliki
Milikan Tunggal
- Seorang Pemilik
Pemilik - tunggal
Pendaftaran - Didaftarkan dengan pendaftar perniagaan Suruhanjaya Syarikat Malaysia
Pengurusan - diurus sendiri atau diupah orang lain mengurus
Kuntungan - diperolehi sepenuhnya
liabiliti - tidak terhad
Contoh : Perniagaan Kamunting Enterprise, Kedai Kopi Abd. Rashid
Perkongsian
- Dua atau lebih dariada seorang pemilik
Pemilik - dua hingga 20 orang pemilik
Pendaftaran - Didaftarkan dengan pendaftar perniagaan Suruhanjaya Syarikat Malaysia
Pengurusan - diurus oleh orang yang dilantik
Keuntungan - dibahagikan mengikut perjanjian perkongsian
Liabiti - tidak terhad
Contoh : Poliklinik Dr. Azhar dan rakan-rakan
Sendirian Berhad - Sdn. Bhd.
- Dimiliki oleh sekumpulan orang
Pemilik - dimiliki oleh sekumpulan orang yang memegang saham
Pendaftaran - Didaftarkan dengan pendaftar Syarikat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri
Pengurusan - diurus oleh Lembaga pengarah
Keuntungan - dibahagikan dalam bentuk dividen
Liabiti - terhad
Contoh : Syarikat Master Piano snd. bhd.
Syarikat Berhad - Bhd.
- dimiliki oleh orang awam atau kerajaan melalui pembelian terbitan saham
Pemilik - dimiliki oleh orang awam yang memiliki saham
Pendaftaran - Didaftarkan dengan pendaftar Syarikat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri
Pengurusan - diurus oleh lembaga pengarah
Keuntungan - dibahagikan dalam bentuk dividen
Liabiliti - terhad
Contoh : Syarikat Telekom Berhad, Syarikat Tenaga Nasional Berhad, Syarikat Taiping Sekuriti berhad, Syarikat Genting Berhad
Koperasi
- Dimiliki secara bersama oleh ahli-ahli yang membayar yuran
Pemilik - dimiliki bersama oleh ahli-ahli yang membayar yuran dan membeli saham
Pendaftaran - Didaftarkan dengan pendaftar Koperasi, Jabatan Pembangunan Koperasi
Pengurusan - diurus oleh lembaga pengarah yang dilantik
Keuntungan - dibahagikan dalam bentuk dividen
Liabiliti - terhad
contoh : Koperasi SMK Bukit Jana Berhad, Koperasi Kakitangan Kerajaan Taiping Berhad
Milikan Perniagaan secara Islam
Mudharabah
- perniagaan tunggal
Murabahah
- perniagaan perkongsian
Musyarakah
- perniagaan syarikat
Bank Islam adalah satu contoh perniagaan secara Islam. Antaranya Bank Islam menawarkan perkhidmatan Murabahan kepada pelanggannya.
Faktor mempengaruhi perniagaan
Keadaan ekonomi
Pertumbuhan ekonomi berkembang dengan baik dan pesat akan akan memeberikan kemampuan kepada kerajan dan swasta membina prasarana yang baik sesuai dengan iklim pelaburan dan perniagaan. Disokong pula oleh pengguna yang mempunyai kuasa beli akan mendorongkan lagi pelbagai jenis perniagaan akan muncul dan perkembang
Peraturan dan undang-undang
Terdapat beberapa negara mengadakan undang-undang yang menyekat perniagaan tertentu. Malaysia contohnya melarang perniagaan menjual mercun dan perkhidmatan pelacuran.
Pesaing
Pesaing mungkin akan timbul dalam bentuk barangan dan perkhidmatan yang hampir serupa atau barangan tiruan.
Pengeluar kereta akan bersaing dipasaran
Pembekal
Terdapat beberapa jenis perniagaan yang diimport dikuasai (dimonopoli) oleh hanya satu syarikat sahaja seperti perniagaan menjual kereta import dan perniagaan jualan langsung
Pengusaha
Perniagaan akan menjadi semakin berkembang dan maju jika pengusa memiliki modal yang besar dan memiliki ilmu pengetahuan serta kemahiran yang berkiatan.
Pelanggan
Semakin ramai pengguna barangan dan perkhidmatan yang ditawarkan semakin lebar kawasan perniagaan dan semakin besar nilai keuntungan.
Permintaan yang tinggi juga akan menggalakan pengusaha-pengusaha lain untuk melibatkan diri dalam perniagaan yang serupa
Pekerja
Pekerja yang mahir dan berpengalaman akan memberikan faedah yang pengusaha
Kadar upah yang rendah akan memberikan faedah dan galakan untuk pengusaha dan pelabur untuk menceburi sesuatu jenis perniagaan
Pekerja juga dianggap aset bagi perniagaan
Teknologi
Teknologi komputer dan robot telah banyak menggurangkan bilangan dalam pelbagai sektor pembuatan dan perniagaan
Komputer dan internet telah banyak mengendalikan pelbagai urusan bank.





No comments:
Post a Comment